Sabtu, 12 Januari 2008

Pulang adik SHARLINIE

"pulangkan adik itu
setiap doa-doa akan bermunajat pada Esa
pasti disitu ada doa-doa makbul
menangis dan memohon sepenuh hati
menadahkan seluruh harapan
pada kekuasaan Yang Lebih Berkuasa

pulangkanlah
sebelum tentera Allah datang membantu
sebelum engkau dicelakakan dan gundah-gulana

pulangkanlah
disini
ibu menangis dan merindui adik itu
ayah menahan sebak dan luka hati
kakak keliru dalam dakapan kasih adik
seluruh jiwa simpati diatas rasa persaudaraan
diatas suatu kasih sesama insan
disinidalam setiap doa dan renungan kasih
akan datang rahmat dan keredhaan Allah
pada setiap hamba yang bermunajat
memohon suatu petunjuk

diatas hilangnya adik itu
diatas suatu jalan kebenaran
pada rasa kasih yang teramat utuh
atas kekuatan ukhuwah disini

wahai insan yang tak mengerti erti kasih
wahai insan yang berhati kejam
pulangkan adik itu
sebelum jiwamu kecundang dan melara
sebelum maut menjemputmu pulang
sebelum tentera Allah datang menghampiri

pulangkanlah adik itu
pulangkanlah
disini
seluruh jiwa akan bangun bermunajat
pada suatu keyakinan dan semangat kasih
diatas rasa kehambaan
rasa simpati mendalam
pada jalan kebenaran
disiniwahai manusia itu

pulangkanlah adik itu
pulangkanlah
kau tak akan dapat melarikan diri lagi
pastikau akan celaka..."

2 ulasan:

Idham berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Idham berkata...

Pulangkan adik sharlinie samaada hidup atau mati
visit my blog