Selasa, 9 Jun 2009

Kerajaan Perpaduan II

“SAYA TIDAK TAHU SAMA ADA KENYATAAN BELIAU TELAH DISALAH TAFSIR OLEH MEDIA TETAPI SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN YANG ARIF TENTANG AGAMA, JIKA BELIAU MENYATAKAN DAP TELAH BERSETUJU DENGAN CADANGAN PAS, BELIAU BUKAN SAHAJA HARUS MENJAWAB KEPADA DAP TETAPI JUGA KEPADA TUHAN,”

Malunya saya!!!

Tak Jelas
Semalam, dalam Agenda Awani dibincangkan Kerjasama UMNO- PAS. Kenapa Khairy seronok benar memuji PAS hah? Katanya moderate laa apa laa.

Sebenarnya konsep Kerajaan Perpaduan yang dicanangkan oleh Tuan Guru Presiden masih lagi samar- samar.

Tetapi, apa yang saya faham dari maksud kerajaan perpaduan cadangan Presiden PAS adalah kerajaan tanpa pembangkang. Bermakna, semua parti-parti yang wujud dalam Malaysia berada dibawah satu bumbung, tidak kira ia dari BN atau dari PR.

Bukankah ia satu sindiran kepada sistem demokrasi? Kita ada parlimen, media dan sebagainya untuk menyuarakan pendapat, mengapa perlu lagi kepada kerjasama yang jelas menghancurkan masa depan PAS dan PR?

Saya masih menunggu penjelasan sebenar dari mengenai gagasan ini.

Orang arab ada keluarkan pepatah yang bermaksud;
"manusia itu akan bermusuh dengan apa yang dia tidak tahu"

Selagi mana saya tak jelas mengenai konsep Tuan Guru Presiden, maka tanpa segan silu saya menolak Kerajaan Perpaduan.

Kalau tak faham lagi mengenai Kerajaan Perpaduan ni ada artikel berkaitan:
PAS: Sebenarnya Kumpulan Anti Muqabalah Menang
BERJAYAKAH KERAJAAN PERPADUAN??
KONSEP MASLAHAH DAN MAFSADAH UNTUK DAMAI DENGAN MUSUH
PEMIKIRAN UMMAH CENTRIC SEMAKIN DITERIMA
Mengapa Gabra dengan UG?

p/s: Ingatkan Pak bakaq tak pernah baca blog saya, maklumlah blog budak sekolah... Maaf Pak Bakaq!

4 ulasan:

Lebai Mangkuk berkata...

Salah satu penceramah PAS yang Lebai sangat gemari ialah Mat Sabu. Mat Sabu ni pada pendangan Lebai ianya lebih hebat dari Sukarno bekas president Indonesia dulu. Salah satu dari ceramah nya yang Lebai masih ingat ialah berkenaan kebijaksanaan cina berpolitik.

Kata beliau, setiap kali diadakan PRU, orang melayu berpecah - ada yang sokong UMNO, ada yang sokong PAS, ada yang sokong PKR dan ada juga yang sokong DAP.

Orang cina pula, pada setiap kali PRU di adakan, cina bersatu. Bersatu dalam MCA atau Gerakan atau DAP. Dan ini lah masanya mereka menuntut apa saja yang mereka hendak. Setiap PRU mereka mendapat habuan besar dan orang melayu pula dapat rugi besar.

Dengan cara mereka buat ini, sedikit demi sedikit hak2 orang melayu telah terhakis.

Jika PAS dan UMNO bersatu, melayu/islam akan bertambah kuat dan disegani oleh kafir.

Muiz Nasrallah berkata...

mungkin lebai-mangkuk baru pertama kali mai ke blog saya.

Bersatu apanya lebai kalau dah ada sejarah UMNO biasa mengkhianati PAS sampai PAS berpecah belah?

Baru je UMNO/BN menyerang PAS dan PR di Perak, tak cukup lagi ke?

izwan berkata...

adakah itu sebab sbenarnya pas xmahu bersatu?rela bersatu dengan kafir?

ijalceritera berkata...

Assalamualaikum. Apa maksud anta (izwan) dengan tidak bersatu?
Tidakkah anda lihat PAS bersatu dengan rakyatnya untuk menegakkan islam di Malaysia? PAS tidaklah bersatu dengan orang yang bukan islam melainkan menyimpulkan kerjasama di antara kedua-dua belah pihak. Ingatlah, orang yang mengkhianati perjuangan islam itulah yang rugi, tetapi orang yang menyokong perjuangan islam, merekalah yang beruntung. 'Husnu Zon', mungkin non-muslim itu telah didakwahkan tetapi mungkin belum sampai hidayah Allah kepada mereka. Kita berusaha, tetapi hidayah tetap milik Allah.