Isnin, 7 Jun 2010

Konvoi LL4G, Apa hikmah di Sebalik Ujian?

Assalamu'alaykum.

Maafkan saya kerana sudah lama tidak menulis. Keadaan bagi saya sangat tidak mengizinkan.

Palestin berdarah lagi. Kali ini dengan keadaan yang lebih kurang ajar.

Konvoi kemanusiaan telah diserang apabila melalui perairan antarabangsa. Ada aktivitis yang berada dalam kapal Marvi Marvara yang membawa makanan, ubatan dan sebagainya telah ditembak dengan peluru hidup sewaktu sedang tidur.


Mereka itu semuanya AKTIVIS, bukan TENTERA. Misi Freedom Flotilla bukannya misi KETENTERAAN, tetapi misi KEMANUSIAAN.

Israel tersepit antara dua pilihan. Pertama, membiarkan kapal itu berlalu dengan aman dan bebas. Kedua, menyerang kapal tersebut supaya bantuan tidak sampai. Mereka memilih yang kedua. Memang sudah ada senarai dan gambar aktivis yang disasar untuk dibunuh. Sebab itu, bukan semua yang dibunuh.

Mereka tidak dapat mengisytiharkan perang kali ini. Kalau isytihar juga, Israel sebenarnya akan memerangi 50 buah negara.

Hari ini, dunia menyaksikan. Betapa musuh Israel bukan saja orang Islam, tetapi musuh Israel adalah sesiapa saja yang menentang mereka. Betapa saya tidak faham, masih ada lagikah justifikasi lain yang mahu diberikan kepada Israel ini?

Tindakan kita.

Jangan jadi seperti binatang.


7_179

“Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai” [al-A'raaf 7: 179]

Tinggal kita, ada yang berdemonstasi, ada yang mula memboikot, tak kurang juga yang berterusan berdoa dan solat hajat supaya misi ini selamat semuanya. Hingga ke akhirnya.

“Hero sebenarnya bukan kami. Wira yang sebenar adalah mereka yang berdoa, bersolat hajat dan berusaha untuk keluarkan kami. Kamulah sebenarnya wira-wira itu,” komen ketua biro Palestin Haluan Malaysia, Bro Norazmaan.

Saya sebak mendengar pengakuan ikhlas Bro Noorazman yang bersih dan jernih wajahnya ini.

Semoga dengan kecaman dan bantahan yang dibuat, menjadi saksi di hadapan Allah, bahawa kita adalah manusia, bukan binatang yang tidak punya rasa peduli dan peka.

Awas, jangan sampai umat Islam Palestin menuntut kenapa kita tidak berbuat apa- apa untuk mereka sewaktu di dunia ini pada hadapan Allah kelak!

Palestin: Semalam, Hari Ini dan Esok.

Sampai bila Israel boleh terkalahkan?

Ini persoalan umat. Saya yakin ramai mahu tahu jawapannya

Marilah kita melihat sejarah, bagaimana Khalifah Umar al- Khattab dan Salahuddin Al- Ayubi boleh menakluki Baitulmaqdis?

Zaman itu memiliki kerajaan yang hidup di bawah naungan al- Quran, bersatu, bersih akhlak dan ibadah, pemimpin yang adil, rakyat yang faham dan sentiasa menjunjung hukum Allah sebagai yang terbaik.

Zaman itu ada semua itu. Apa yang ada pada kita hari ini?

Kita punya pemimpin, tetapi pemimpin yang diasuh mengikut telunjuk mereka. Kita punya al- Quran, tetapi dibiarkan usang tanpa ditafaqquh. Kita punya rakyat, tetapi dibiarkan menganut faham hedonisme. Kita punya hukum Allah yang ditetapkan ulama', tetapi semua itu disepak terajang oleh kita.

Kita mencela dan melaknat Israel, bukannya kita akan menang esok. Bukan. Kemenangan ini memerlukan Perang nafas panjang.

Maka saya melihat, jika hendakkan kemenangan, maka mahu atau tidak, itu semua perlu kita dapatkan kembali.
 
Dahulu, negara-negara arab pernah menggerakkan Perang Enam Hari. Mesir, Jordan dan Syria bergabung untuk menewaskan Israel yang sekangkang kera. Tetapi akhirnya, ketiga-tiga negara itu tewas dan akhirnya Israel menjadi tuan mutlak ke atas Palestina.
 
Kenapa mereka tidak menang?

Jawapan saya, mereka tidak memenuhi ciri-ciri kemenangan.

Tidakkah kita mengambil pengajaran?

Sesungguhnya, Allah itu tidak pernah meninggalkan kita. Tetapi kitalah yang meninggalkan Allah SWT.

Kita marah Israel berlaku biadap, tetapi kenapa biarkan budaya hiburan melampau masuk ke dalam rumah kita melalui televisyen dan sebagainya?
Kita marah Israel berlaku biadap, tetapi kenapa kita berbangga mempromosi gaya hidup Yahudi?

Wallahu a'lam, anda fikirkan sendiri.

p/s: Najib, kalau kerajaan anda ikhlas mengutuk serangan ke atas konvoi ini, sila halau APCO dari Malaysia! Atau jelas gerombolan ditimpa penyakit Nifaq.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mabruk ya akhi..

teruskan usaha ang, terus membuka fikrah umat Islam.

Aku banyak berbahas dgn kawan2 aku psl isu ni, ramai yang Islam, tapi masih berfikiran bahawa dalam sistem kapitalis sekarang, kuasa ekonomi yang paling oenting untuk tewaskan Zionis, tetapi mengabaikan pembangunan jiwa!

Memang, aku tidak sangkal, untuk tewaskan mereka, ekonomi mesti dikuasai, tetapi lihatlah pada pembangunan jiwa umat, itu yang perlu diterapkan bersama pembangunan material. Pecahkan kepompong ilusi.

Muiz Nasrallah berkata...

Aku tak fikir sistem kapitalis merupakan senjata paling ampuh untuk menewaskan Israel laknatullah. Sistem sosialis yang melalui saringan Islam adalah lebih sesuai. Macam mana nak tewaskan musuh dengan sistem yang hampir roboh ni? Boleh jelaskan? Aku mungkin jahil bab ekonomi, hangpa terangkan kat aku.

Pecahkan kepompong ilusi!