Selasa, 14 Disember 2010

Anwar Meliwat, Najib Membunuh.

Ada yang mempercayai pendedahan mengenai Anwar dan tidak mahu percaya pendedahan mengenai Najib. Ada yang mempercayai pendedahan mengenai Najib dan tidak mahu percaya pendedahan mengenai Anwar. Ada yang percaya kedua-duanya. Dan, barangkali ramai juga yang tak percaya kedua-duanya. Terpulang. Itu pilihan masing-masing.  
 
Aku sikit pun tak percaya bahawa Anwar meliwat. Berdasarkan sejarah dan fakta pertuduhan yang tak logik sepanjang proses mahkamah berjalan. 

Apapun, Wikileaks adalah ketakutan kepada pemain politik seluruh dunia. Ini pasti.

Oleh Kim Quek

Pendedahan mengejut oleh kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS), WikiLeaks menerusi akhbar Australia mengenai politik Malaysia, menimbulkan kemarahan kepada kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat.

pmKabel Jabatan Negara AS secara eksklusif membuat pendedahan kepada akhbar The Sun Herald di Sydney, iaitu hasil rakaman pendapat pegawai-pegawai Singapura mengenai jirannya, terutama Malaysia.

Pandangan-pandangan yang pedih dan tajam.

Antara yang disentuh ialah pandangan pedas mengenai kes sodomi Anwar Ibrahim dan hentaman terhadap para pemimpin BN, terutamanya ditujukan kepada Perdana Menteri Najib Tun Razak.  Menteri Luar Singapura, George Yeo, ketika menjawab tidak pula menafikan perkara ini.

Kes fitnah sodomi Anwar 

Mengenai fitnah sodomi Anwar, Sydney Morning Herald (memetik WikiLeaks) melaporkan pada 12 Disember bahawa terdapat "perancangan teratur" yang didalangi oleh musuh-musuh Anwar dan bagaimanapun menolak tuduhan Anwar terlibat dengan sodomi.

Kabel Jabatan Negara AS merujuk kepada maklumat yang diterima dari unit perisikan Pejabat Penilaian Nasional Australia (ONA) yang menerima maklumat yang sama dari para perisik Singapura. Mereka membuat kesimpulan berdasarkan "risikan teknikal" yang tidak diperhalusi atau diselidiki.

Ketika menafikan tuduhan terhadap Anwar ini, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad yang kelihatan marah, mengaitkan "perisikan teknikal" kepada kerja-kerja yang didalangi oleh Polis Cawangan Khas Malaysia.

Beliau menyoal kenapa Perkhidmatan Risikan Singapura bekerjasama dengan Polis Cawangan Khas Malaysia.  Beliau juga menyoal kenapa Singapura mendedahkan "perisikan teknikal" ini, jika ia hanya merupakan sebuah pendapat.

Bagaimanapun, dalam kenyataan berikutnya, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, menyatakan pendirian parti bahawa komen yang dibuat oleh para pegawai Singapura itu hanya bersifat pendapat peribadi yang tidak disokong oleh fakta.

Tiada terkecuali

Ia harus dilihat dalam konteks kritikan terhadap Malaysia secara umum, tanpa sesiapa yang terkecuali.  Kalau tidak kata Saifuddin "Najib akan menghadapi kesukaran untuk menjelaskan tuduhan yang memburukkan imejnya."

Saifuddin menekankan bahawa hanya satu cara untuk menghadapi serangan seperti ini iaitu dengan cara memberi peluang untuk Anwar menghadapi perbicaraan yang adil dan saksama.

Dalam masa yang sama, beliau mengalu-alukan pendedahan kabel itu sekiranya mempunyai maklumat atau bukti baru yang boleh menjaminkan keadilan.

Sebagai pemerhati politik, saya tidak dapat menafikan bahawa kes sodomi sebagai pendakwaan politik yang palsu merupakan perkara yang diketahui umum berdasarkan taktik yang digunakan terhadap Anwar dan tuduhan sodomi itu tidak berdasarkan fakta dan logik.

Jika pengadu, Saiful Bukhari Mohd Azlan benar-benar diliwat dalam perangkap seks seperti didakwa oleh WikiLeaks, ini tidak munasabah kerana Saiful tidak segera membuat laporan polis.

Saiful diperiksa dua hari kemudian 

Saiful juga tidak menjalani pemeriksaan perubatan untuk memastikan semua bukti sodomi dirakam dan disimpan.  Sebaliknya beliau hanya diperiksa oleh doktor dua hari kemudian.

Jika pihak pendakwaan dan kehakiman berpegang kepada prinsip kebenaran dan mahu melaksankan keadilan, kenapa mereka berhempas pulas menafikan hak asasi fundamental Anwar, seperti termaktub dalam undang-undang Malaysia dan dipraktikkan di negara-negara demokrasi?

Hak asasi beliau untuk akses kepada dokumen asas yang diperlukan untuk tujuan pembelaan, seperti kenyataan polis daripada pengadu, laporan dan nota perubatan yang asal, rakaman video kondominium dan lain-lain.

Jika soalan-soalan ini dapat dijawab dengan memuaskan, pendapat dari perkhidmatan perisikan Singapura tidak bermakna apa-apa kepada orang awam di negara ini.

Kritikan hebat terhadap kepimpinan BN 

Apa yang menarik bagi masyarakat di negara ini ialah pandangan para pemimpin Singapura mengenai para pemimpin Malaysia.  Suatu pandangan yang tidak sepatutnya didedahkan atas nama diplomatik.  Dari sudut ini, WikiLeaks memberi maklumat yang amat berharga.

The Age melaporkan pada 12 Disember (dari WikiLeaks) bahawa ketiga-tiga pegawai Singapura itu – Peter Ho, Bilahari Kausikan dan Tommy Koh – memburukkan imej Malaysia.

Dalam mesyuarat pada September 2008, Kausikan, kini setiausaha tetap di Kementerian Luar, memberitahu Timbalan Setiausaha Pertahanan AS untuk Asia Tenggara, David Sedney bahawa keadaan di negara jiran, Malaysia adalah keliru dan berbahaya".

Beliau mendakwa keadaan ini disemarakkan oleh kemungkinan berlakunya konflik perkauman yang akan menyebabkan orang-orang Cina "lari" dari Malaysia dan "membanjiri" Singapura.

Komen berhubung pemimpin Malaysia yang khusus seperti yang dilaporkan adalah seperti berikut:

Najib Tun Razak (ketika itu timbalan perdana menteri) 

Kausikan berkata pada September 2008, "kekurangan pemimpin yang kompeten merupakan masalah sebenar Malaysia dan "perlunya Najib kekal dalam politik bagi mengelak dari didakwa" berhubung penyiasatan pembunuhan berkait dengan pembantu Najib pada 2006.

Kausikan juga berkata, "Najib meletak tengkuknya untuk dipancung berhubung dengan kes pembunuhan berprofil tinggi."

Peter Ho, ketua perkhidmatan awam pada ketika itu, memberitahu pegawai AS pada Mac 2008 bahawa, "Najib ini……seorang oportunis.

"Walaupun beliau tidak begitu kritikal terhadap Singapura, tetapi beliau tidak akan teragak-agak untuk bertindak demikian jika terpaksa. Masa depan politik Najib terus dihantui oleh ……..skandal pembunuhan."

Dr Mahathir Mohamad (bekas perdana menteri) 

Salah satu kenyataan kritikal dibuat Peter Ho pada Mac 2008, ditujukan kepada Dr Mahathir Mohamad, bekas perdana menteri. Beliau berkata, Dr Mahathir "membaling batu" kepada penggantinya, Abdullah Ahmad Badawi.

Khairy Jamaluddin 

Peter Ho berkata, "Pisau politik sedia untuk menikam menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin, di mana tidak ada sesiapa yang suka kepadanya kerana beliau berada di tempat sekarang ini kerana hubungan kekeluargaan."

Untuk memerhati politik Malaysia, komen di atas sudah pasti bukan menjadi berita, kerana semua orang sudah tahu.  Apa yang lebih penting ialah respon daripada para pemimpin BN dan jangkaan putar belit oleh media arus perdana dari pendedahan yang menggegarkan ini.

Tidak ada pemimpin BN yang memberi respon pada hari yang sama – 12 Disember.  Najib menolak dua kesempatan untuk bercakap kepada media selepas majlis umum. Beliau membatalkan sidang media yang dijadualkan selepas menutup Karnival Ikatan Hati Warga Felda, bersebelahan Istana Keadilan, Putrajaya.
Selepas itu, beliau juga enggan bercakap kepada para pemberita selepas melancarkan biografi Samy Vellu di The Mines International Exhibition and Convention Centre.

Putar belit The Star 

Mengenai gelagat media arus perdana yang gemar memutar belit berita, The Star dalam muka depan semalam berkata, para pegawai Singapura "menyokong kesimpulan yang dibuat oleh agensi perisikan Australia tentang dakwaan sodomi II terhadap Anwar Ibrahim."

Mengenai masalah Najib, The Star berkata, "mereka menganggap Najib berada dalam keadaan yang sukar tetapi pada masa yang sama yakin Anwar bersalah, di mana mereka juga berkata ini suatu "insiden yang dirancang."

Begitu putar belit media.  Pihak perisikan Singapura menyokong rakan sejawat mereka dari Australia seperti didakwa oleh The Star, tetapi pihak perisikan Australia pula memetik maklumat itu dari Singapura.  Kemudian menghasilkan pandangan mereka terdapat wujudnya "perisikan teknikal" – walau apa pun maksudnya.
Mengenai skandal yang mengaitkan Najib, The Star cuba memperindah serangan itu dengan berkata beliau (Najib) "berada dalam keadaan yang sukar".

Laporan kewartawanan seperti inilah (baca: putar belit) yang menyebabkan rakyat Malaysia hilang keyakinan dan menolak media arus perdana.

Kepada pengkritik kerajaan BN, mereka tentunya berpuas hati memandangkan pandangan para pemimpin Singapura yang selama ini tersembunyi, mencerminkan corak kepimpinan politik Singapura dan agak bersebati dengan pandangan mereka yang memandang rendah terhadap kepimpinan BN.

Sumber : Free Malaysia Today

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kau belum kena liwat sebab tu kau tak percaya...
dah terliwat nanti baru kau mau percaya, tapi dah terlambat bro..

Tanpa Nama berkata...

ape kena mengena kena liwat dengan percaya????
xperlu kena liwat untuk percaya!!


and, kau pernah kena liwat ke???? ~.~

Tanpa Nama berkata...

Najib Pembunuh.. Adakah anda menuduh PM Malaysia Datu' Seri Mohd Najib Tun Razak membunuh.. Bunuh Siapa? Anda mempengaruhi dan menfitnah..