Selasa, 15 Februari 2011

Hari- Hari Sambut Maulidur Rasul

3 komen pembaca
Malidur Rasul di Malaysia seperti bulan tak penuh.
 Secara kebiasaanya, umat Islam di Malaysia menyambut Maulidur Rasul pada tanggal 12 Rabiul Awwal setiap tahun. Hari yang dipenuhi dengan acara membaca selawat beramai- ramai, berarak, membaca mawlid dan sebagainya. Setiap yang melakukannya pasti ada alasan tersendiri: sama ada meneruskan adat zaman berzaman atau dengan sebab untuk menanamkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.

Sama ada anda mahu menyambutnya atau tidak, terpulang kepada kalian. Pendirian aku tetap sama: iaitu sunnah tidak menyuruh kita menganjurkannya dan tidak pula menghalang kita dari menyambutnya. Tetapi sunnah melarang kita bergaduh sesama kita, melarang kita saling mencerca dan menyeru kita supaya saling bekerjasama di atas taqwa. Sambutlah ajaran Rasulullah dengan bermula dari mencabut duri di jalanan sehinggalah kepada jihad fisabilillah.

Tarikh 12 Rabiul Awwal, sebenarnya ulama' khilaf dalam menentukan tarikh sebenar kelahiran Nabi SAW. Kalau ikut pakar sirah mereka menyatakan riwayat yang lebih tepat ialah nabi kita lahir pada 9 Rabiul Awal bukannya 12. Hal ini dijelaskan oleh Maulana Asri dalam ceramah bertajuk Penyelewengan Sirah.

Arab Saudi Adakan Perayaan Maulidur Rasul Sepanjang Tahun

Sepanjang aku tinggal di Arab Saudi, apa yang aku perhatikan setiap hari kerajaan Arab Saudi menyambut Maulidur Rasul. Sounds interesting? Macam mana tu? :)

Antara usaha berterusan yang dilakukan mereka (bukan sekadar bulan Rabiul Awal saja) :

1) Mengadakan pelbagai muktamar tentang sirah dan sunnah.

2) Penubuhan Universiti Islam Madinah, mewujudkan kuliah khas untuk berkhidmat dlm bidang ulum hadith dn fiqh sunnah.

3) Mencetak kitab- kitab kecil tentang Sunnah dan Cinta Rasul dan mengedarkan secara percumaa kepada jemaah- jemaah haji yang datang ke Haramain(Makkah dan Madinah)

4) Mengagungkan sunnah dengan fahaman para sahabat dan salaf as-soleh, mendidik rakyat dgn manhaj yang sahih.(Paling Penting)

5).......

6) ........

(banyak lagi)

Itu adalah usaha sebuah kerajaan, bagaimana dengan usaha kita sebagai individu Muslim?

Caranya dengan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dan mengikuti ajaran Islam yang sebenar. Kita tidak lalai dengan pengaruh- pengaruh sekular yang merosakkan, kita bersolat jemaah penuh lima waktu sehari semalam, bersedekah dan pelbagai amalan asas lain yang selalu kita lupakan.

اُوْصِيْكُمْ بِتَقْوَى اللهِ وَالسَّـمْعِ وَالطَّاعَةِ وَاِنْ وَلَّى  عَلَيْكُمْ عَبْدٌ حَبَشِيٌّ ، وَاِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ مِنْ بَعْدِيْ فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيْرًا ، فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِيْ وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِيِّيْنَ مِنْ بَعْدِيْ ، تَمَسَّكُوْابِهَاوَعَضُّوْا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ ، وَاِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الاُمُوْرِ، فَاِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ ، وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَـلاَلَةٌ ، وَكُلَّ ضَـلاَلَةٍ فِى النَّارِ. 

"Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah memberi peringatan kepada kami sehingga membuat hati kami bergetar dan air mata berlinangan.  Kami berkata:  Wahai Rasulullah!  Seakan-akan ini wasiat perpisahan maka berwasiatlah kepada kami.  Baginda  bersabda:  Aku wasiatkan kepada kamu agar tetap bertakwa kepada Allah, sentiasa mendengar dan taat walaupun yang memimpin kamu adalah seorang hamba Habsyi.  Sesungguhnya sesiapa yang hidup antara kamu selepasku akan melihat ikhtilaf yang banyak, maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk.  Peganglah ia dan gigitlah dengan gigi geraham.  Aku peringatkan kamu tentang benda-benda yang baru kerana setiap yang baru itu bid'ah dan setiap yang bid'ah itu sesat"(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Turmizi dan Ibn Majah)

Maulidur Rasul pada tarikh tertentu bukan bermaksud kita menjadi baik dan soleh pada hari tertentu sahaja, lalu menganggap hari lain sebagai bebas melakukan maksiat dan kemungkaran. Bukan.

Kecintaan kepada Rasulullah SAW bukan sekadar pada tarikh kelahiran baginda sahaja. Kecintaan kepada Rasulullah SAW adalah sepanjang zaman.

Sempena Maulidur Rasul, ramai orang mahu menganjurkan majlis ceramah dan ilmu berkenaan Rasulullah. Bagi aku, semua ajaran Islam ini adalah berkait dengan Rasulullah. Sekalipun anda membuat kelas agama tajwid dan kelas membicarakan persoalan haji dan tauhid atau fiqh taharah dalam hari kelahiran Nabi maka ianya sebenarnya adalah sambutan anda kepada ajaran Rasulullah.


ٱلۡيَوۡمَ يَٮِٕسَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِن دِينِكُمۡ فَلَا تَخۡشَوۡهُمۡ وَٱخۡشَوۡنِ‌ۚ ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ نِعۡمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَـٰمَ دِينً۬ا‌ۚ
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. (Al Maidah :3)

Jangan sempitkan minda kepada sesuatu peristiwa. Islam bukan agama bermusim, bertarikh atau mengikut hari. Buktikan cinta kita dengan memperbaiki amalan ibadah dan menambah ilmu bagi mengetahui ajaran Rasulullah SAW. Ingat, kecintaan sepanjang masa. Nabi SAW diutuskan untuk menyebarkan cinta kepada segenap alam. :)

Semoga tahun ini menjadi turning point kepada kita untuk mengamalkan ajaran Islam dengan lebih gigih lagi.

Selawat!

Sabtu, 5 Februari 2011

Syahid di Mesir- Al- Qaradhawi

0 komen pembaca
Egyptian-born cleric Sheikh Yussef al-Qaradawi talks during a news conference in Algiers March 28, 2007. Qardawi attended the fifth International Al-Quds conference in Algeria. REUTERS\Zohra Bensemra (ALGERIA)
Saya mengucapkan syabas kepada para pemuda yang menyertai siri-siri demonstrasi di atas keberanian, kecekalan, kemahuan dan sikap tidak berganjak mereka daripada lokasi-lokasi demonstrasi. Saya katakan kepada mereka, samada kamu menjadi orang-orang yang mulia dan bahagia, atau kamu mati sebagai para syuhada – Sheikh Yusuf al-Qaradhawi

Al-Qaradhawi : Rakyat Mesir wajib turun ke jalan raya, peserta demonstrasi mati syahid!

Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syaikh Yusuf al-Qaradhawi menyifatkan Presiden Mesir, Husni Mubarak sebagai ‘mula menyembelih rakyatnya sendiri’ selepas tercetusnya pertempuran berdarah antara penyokong presiden Mesir itu dan para peserta demonstrasi pada Rabu, 2 Februari 2011 di Medan Tahrir.

Beliau disifatkan sedemikian kerana pertempuran itu berlaku selepas 9 hari majoriti rakyat Mesir berdemonstrasi menuntut pengunduran Husni Mubarak daripada kerajaan.

Mubarak, menurut al-Qaradhawi lagi “telah mula menyembelih tanahairnya sendiri dan bertindak seperti tindakan Firaun serta menjadikan sebahagian rakyat Mesir berkuasa ke atas sebahagian yang lain”.

Syaikh al-Qaradhawi turut berdoa supaya Allah membebaskan rakyat Mesir daripada penderitaan mereka dan membebaskan mereka daripada ‘para taghut’.

Ketegasan dan kelantangan al-Qaradhawi

Ketegasan dan kelantangan Syaikh al-Qaradhawi berhubung situasi semasa di Mesir begitu terserlah apabila beliau, melalui stesen satelit al-Jazeera pada 2 Februari 2011, menegaskan adalah menjadi kemestian ke atas setiap rakyat Mesir menyertai ‘Perarakan Jutaan Umat’ yang akan diadakan pada jumaat depan.(4 Febuari 2010)

Perhimpunan tersebut yang akan diadakan bagi menguatkan tekanan ke atas Presiden Husni Mubarak, disifatkan oleh para peserta demonstrasi sebagai ‘Jumaat Pemutus’ yang merupakan kesinambungan kepada perarakan pada Jumaat lepas yang dinamakan sebagai‘Jumaat Kemarahan’.

Lebih daripada itu, Al-Qaradhawi yang tinggal dalam buangan di Qatar itu, menganggap bahawa “turun ke jalan raya khususnya hari Jumaat, untuk menyertai bantahan merupakan kewajipan syarak ke atas setiap yang mampu pergi ke tempat-tempat perhimpunan dan tidak ada keuzuran yang menghalangnya”.

Sehubungan itu, beliau menggesa para ulama al-Azhar dan lepasan universiti itu agar memimpin dan menyertai perarakan membantah kezaliman regim Husni Mubarak di seluruh Mesir.

Dalam ucapan yang ditujukan kepada Husni Mubarak, al-Qaradhawi memberi amaran kepada Presiden Mesir itu bahawa “kami akan menghadapi kamu dengan doa diwaktu sahur dan dengan setiap orang yang kusut rambutnya dan berdebu tubuh badannya yang jika dia berdoa kepada Allah, nescaya Allah akan memperkenankan doanya”.

Beliau merujuk kepada hadis Nabi s.a.w yang memperihalkan kewujudan sebilangan manusia yang sangat mustajab doanya, meskipun mereka pada zahirnya kusut masai rambutnya dan berdebu tubuh badannya.

Sebagi ingatan kepada Mubarak, al-Qaradhawi menegaskan bahawa “doa orang yang dizalimi akan diangkat oleh Allah melepasi awan dan akan dibukakan untuknya pintu-pintu langit sambil Dia berkata, “demi keagungan dan ketinggianKu, Aku akan menolongmu walau pun selepas beberapa ketika”.

Peserta demonstrasi yang terbunuh mati syahid


Di akhir ucapannya, al-Qaradhawi memperlihatkan sikap dan pandangannya berhubung rakyat Mesir yang menyertai demonstrasi membantah regim Mubarak dan kedudukan mereka yang terbunuh dalam demonstrasi tersebut pada pandangan syarak.

Dalam ucapan yang ditujukan kepada para pemuda yang menggerakkan demonstrasi di Mesir, al-Qaradhawi menyatakan, “saya mengucapkan syabas kepada para pemuda yang menyertai siri-siri demonstrasi di atas keberanian, kecekalan, kemahuan dan sikap tidak berganjak mereka daripada lokasi-lokasi demonstrasi. Saya katakan kepada mereka, samada kamu menjadi orang-orang yang mulia dan bahagia, atau kamu mati sebagai para syuhada’”.

Terdahulu, dalam perutusan khas, al-Qaradhawi di atas nama Kesatuan Ulama Islam Sedunia, memfatwakan bahawa rakyat Mesir yang terbunuh dalam tunjuk perasaan di Mesir sebagai mati syahid.

Asas kepada fatwa ini ialah hadis Nabi s.a.w yang bermaksud, “sebaik-baik orang-orang yang mati syahid ialah Hamzah r.a dan seorang lelaki yang pergi kepada pemimpin yang zalim, lantas menyuruhnya melakukan makruf dan menegahnya dari kemungkaran, lantas dia dibunuh”.

Difahami daripada fatwa ini, rakyat Mesir yang berdemonstrasi membantah regim Mubarak,  pada hakikatnya sama seperti seorang yang tampil membantah pemimpin yang zalim yang mengakibatkannya dibunuh, seperti yang disebutkan dalam hadis yang dinyatakan.

Sumber: http://www.youtube.com/watch?v=0GVROeUMWKo

http://www.youtube.com/watch?v=9yOuJyTpqTw

http://www.youtube.com/watch?v=d-4CdXpm8ZE

http://www.youtube.com/watch?v=LoiL_1nkDTA

http://www.youtube.com/watch?v=2YH4oAZLdJs

Khamis, 3 Februari 2011

Revolusi Mesir, Khawarij dan Israel

0 komen pembaca
Oleh: Muhammad bin Abdul Razak


Perjuangan rakyat Mesir bukan Khawarij

 Hujjah pertama:
1)Khawarij menggunakan kekerasan dan menghalalkan darah kaum Muslimin,manakala rakyat Mesir tidak menggunakan kekerasan dan tidak menghalalkan darah kaum Muslimin.Mereka berhimpun secara aman untuk menuntut kembali hak mereka.

Syubhat:

-Berlaku kes-kes jenayah seperti kecurian,membakar harta benda awam,rogol dan sebagainya.

Jawapan:

-Jenayah tersebut dilakukan oleh samseng upahan regim Hosni Mubarak serta para penjenayah,bukannya rakyat Mesir yang menuntut hak mereka.Bahkan rakyat Mesir dan tentera Mesir saling bantu membantu melakukan pemeriksaan identiti bagi mereka-mereka yang ingin menyertai perhimpunan supaya tidak wujud dari kalangan mereka provokator/samseng upahan regim yang bertindak melakukan keganasan bagi memfitnah perjuangan rakyat Mesir.Sila ikuti laporan berita:

http://www.huffingtonpost.com/t/live-call-estr4ng3d-peopl_32380031153995776.html

Hujjah kedua
2)Tentera Mesir menyatakan perjuangan rakyat Mesir untuk menuntut hak mereka adalah sah,dan mereka(tentera) berada di belakang rakyat.Mustahil tentera sebuah negara boleh berganding bahu dengan "khawarij" ini.Sila ikuti laporan:

http://news.yahoo.com/s/afp/20110131/wl_africa_afp/egyptpoliticsunrest

http://www.alarabiya.net/articles/2011/02/02/135974.html



Peranan Israel

Ada suara-suara sumbang mengatakan Qatar bersekutu dengan Amerika dalam menjatuhkan regim Hosni Mubarak. Mereka cuba mengaitkan peranan para Ulama Sunnah di sana seperti Dr Yusof Al-Qaradawi serta media Qatar dan (media milik umat Islam umumnya) Al-Jazeera sebagai dalang. Malangnya dakwaan mereka ini hanya tinggal dakwaan. Sumber yang mereka ambil adalah sumber Yahudi dan Zionis yang berkehendak agar "sufi tariqat zionissiah" husni mubarak kekal berkuasa, supaya mereka boleh berwenang-wenang mengekalkan penjajahan mereka atas Palestin. Silakan baca akhbar Yahudi ini, Haaretz:

http://www.haaretz.com/news/diplomacy-defense/without-egypt-israel-will-be-left-with-no-friends-in-mideast-1.339926

Justeru,mereka yang begitu bersungguh-sungguh mempertahankan Hosni Mubarak adalah mereka yang ingin agar Israel terus bertapak di bumi Al-Quds.....


Sila lihat peranan media Yahudi spt haaretz ini yang cuba menggambarkan bahawasanya wujud bilangan yang ramai dari kalangan penyokong Hosni Mubarak berdemonstrasi menentang kumpulan yang anti-mubarak:

http://www.haaretz.com/news/internationa...l/pro-mubarak-forces-rally-against-opposition-as-egypt-army-urges-return-to-normal-life-1.340825

Lihat betapa optimis dan berharapnya si Israel ini agar Hosni Mobarak ini kekal berkuasa:

http://www.time.com/time/world/article/0,8599,2044929,00.html


Dalam menyaingi pengaruh media milik Umat Islam Al-Jazeera yang berpusat di Qatar,betapa agen- agen Yahudi ini berusaha bersungguh- sungguh mengenakan sekatan ke atas Al-Jazeera. Sila lihat:

http://news.yahoo.com/s/nm/20110130/wl_nm/us_egypt_aljazeera_3


Sila baca lagi betapa terancamnya Israel dengan kejatuhan Hosni Mubarak:

http://www.voanews.com/english/news/Israel-Fears-Unrest-in-Egypt-Could-Jeopardize-Peace-Treaty-114859904.html


Khatimul

Jangan ada antara umat Islam bersungguh-sungguh mempertahankan Hosni Mubarak tersebut dan proksi- proksi mereka yang sudah jelas,terang lagi bersuluh bekerjasama dengan Zionis Yahudi Israel, janganlah anda mempergunakan jenama Sunnah dan Salaf bagi memepertahankan kebathilan ini. Dan jangan pula anda berperangai seperti Munafiq yang memusuhi gerakan pembebasan Al-Quds, tidak kiralah mereka ini dari Qatar atau mana-mana pun!!!

Rakyat Mesir perlu bangun mengambil hak mereka untuk mendapat kemajuan dan pembangunan. Kalau mereka diam, berapa billion duit umat Islam Mesir akan terus jatuh ke tangan regim Mubarak untuk membina empayar kekayaan peribadi. Israel dan Amerika Syarikat sendiri memberi USD 2 billion setiap tahun kepada regim Mubarak, tapi kemana wang itu disalurkan? Untuk membina universiti2? Atau membina penjara- penjara politik?? Atau memerangi Ikhwan atas nama memerangi terrorist? 

Viva La Revolucion! 

p/s :Baca juga artikel Amerika Syarikat bingung terhadap 'Intifada' terbaru!