Khamis, 26 Mei 2011

Retorik RON 95

Hari ini kerajaan mengumumkan bahawa harga RON 95 tidak akan naik. Kata menteri, ianya bertujuan untuk mengambil kira kepentingan rakyat.

Bagi aku, kalam menteri ini hanyalah retorik semata- mata. Kenapa tidak? Betapa selama ini kerajaan menaikkan harga barang sesuka hati atas nama pelarasan harga, mengurangkan subsidi atas nama rasionalisasi subsidi, menaikkan harga petrol dan membandingkan dengan negara jiran yang tidak mengeluarkan petrol, adakah semua implementasi itu mengurangkan beban rakyat?

Jika benar kerajaan ikhlas bertujuan kurangkan beban rakyat, laksanakan sistem ekonomi yang holistik menurut nilai- nilai Islam. Kenapa aku kata ni agenda pilihanraya? Shabery bercakap kurangkan beban rakyat, dalam masa yang sama ketirisan terus berlaku dalam pentadbiran

Menurut CIA World Factbook, kadar kemiskinan dalam strata masyarakat Malaysia, yang rata-ratanya 5.1%. Kadar ini adalah tinggi bagi negara yang membangun sebenarnya. Ini adalah kesan mikro kepada rakyat jelata disebabkan oleh krisis makro yang berlaku di peringkat pusat.

Rasionalisasi Subsidi

Kerajaan bercakap bahawa mereka hendak mengurangkan subsidi kerana negara- negara maju seperti di UK atau Australia, rakyat mereka tidak bergantung kepada subsidi. Ini adalah penilaian yang tidak adil kerana nilai kemiskinan di sana adalah tinggi(baca : kadar kemiskinan rendah) berbanding dengan Malaysia. Hampir semua rakyat mereka mampu membayar untuk harga barang, tetapi bagaimana dengan Malaysia?

Memang betul Dewan Rakyat memperuntukkan banyak subsidi kepada rakyat, tetapi menarik subsidi daripada rakyat tanpa meletakkan gaji minimum hanya memburukkan keadaan.

Dalam web rasmi the Economist, data menujukkan bahawa hutang isi rumah(household debts) adalah sebanyak 60% peratus GDP. Apakah maknanya? Di peringkat makro -kerajaan, sebagai contoh 200 Billion pasaran dalam Malaysia, lebih 60% semua tu adalah hutang! Jadi berapa kuasa ekonomi sebenar Malaysia? Tolak lah GDP kita dgn hutang.

Media selalu melaporkan bahawa GDP kita tinggi, padahal itu adalah fantasi semata- mata akibat hutang negara.

Ia tidak berlegar di pusat sahaja bahkan memberi kesan langsung kepada rakyat. Inilah krisis makro yang menutuh kepada krisis mikro. Secara ringkas, jika kuasa beli(PPP) seorang rakyat Malaysia adalah sebanyak RM 2,000 seorang, kita hanya tinggal RM 800 untuk dibelanjakan setelah membayar hutang.

Adakah ini realiti? Sedangkan kuasa beli kurang dari 1000 USD adalah kurang dari 70% penduduk. Bahkan lebih 20,000 penjawat awam yang berpendapatan kurang dari RM1,500 sebulan.
‎20,000 penjawat awam miskin (Berita Harian Online, BERNAMA dll 2011/05/23)
PUTRAJAYA: Hampir 50 peratus atau kira-kira 20,000 daripada lebih 40,000 penjawat awam terutama mereka yang bekerja sebagai kakitangan sokongan di jabatan kerajaan di sini menghadapi masalah kemiskinan bandar kerana mempunyai pendapatan kurang dari RM1,500 sebulan.
Adakah ini realiti? Sedangkan tiada pelarasan gaji minimum?

Pembaziran Kerajaan.



Ronald Reagan pernah menasihati presiden Amerika Syarikat yang baru selepas beliau bersara, katanya, 
'its not that the people pay too little, its the goverment that spends too much'­ ­
Subsidi nak rasionalisasi, tetapi kerajaan terus beri perlindungan kepada syarikat besar(baca : kroni), kuota import, NAP, dan AP lindungi industri kereta, kuota kontraktor, perlindungan IPP.

Subsidi kepada 27 juta rakyat untuk petrol dan gas asli adalah RM 5 juta, tetapi subsidi kepada beberapa kerat kroni IPP sebanyak RM16 juta?

Paling terbaru, emel 1 Malaysia. Kenapa perlu belanja RM 1 billion untuk emel yang sia- sia. Tidakkah kerajaan pernah mendengar mengenai servis emel percuma seperti Gmail, Ymail dan sebagainya?

Dan banyak lagi pembaziran yang lain seperti, Rosmah tidur hotel di Dubai dengan bayaran Rm100,000 semalam, RM4.5 juta untuk majlis First Lady, beli kapal selam Scorpene dengan harga USD750,00 tapi tak dapat menyelam dan banyak lagi lah!

Singapura memotong gaji menteri kabinet mereka sebagai langkah penjimatan, tetapi kerajaan Malaysia hendak memotong subsidi rakyat yang miskin.
Belum dikira kadar rasuah yang meningkat dari tahun ke tahun. cukai yang menggila dan defisit fiskal sebanyak 5%.

Kesimpulannya, retorik tidak dapat memberi nasi kepada rakyat untuk makan. Aku berpendapat bahawa tidak ada cara lain untuk menyelamatkan ekonomi rakyat dan negara melainkan menjatuhkan BN pada pilihanraya akan datang. Sekian sahaja, nota ekonomi dari aku yang dhaif. Pasti ada banyak kelemahan dalam artikel ringkas ini. Tapi ia cukup untuk menjelaskan keadaan sebenar ekonomi negara yang menakutkan.

Sumber rujukan:

1. http://www.economist.com/content/global_debt_clock
2. https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/fields/2046.html?countryName=&countryCode=&regionCode=%C5%B8
3. http://www.imf.org/external/pubs/ft/weo/2011/01/weodata/weoselco.aspx?g=2001&sg=All+countries
4. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/20_000penjawatawammiskin/Article
5. http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150253902637189&set=a.345091282188.188366.345034017188&type=1&ref=nf

1 ulasan:

FaHMiCHi berkata...

aku dah nampak dah permainan hang menggunakan font macam blog aku...kan aku dah habaq font tu kat hg, la ni dh pakai....tahniah !!!
xD